Rabu, 17 November 2010

CHERITERA KITA & RIWAYAT HIDUP SYED HASSAN BIN SYED MUHAMMAD BARAKBAH (HAKIM MELAYU ZAMAN ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID )


Berikut adalah laporan dari Sharifah Fatimah Syed Zubir Baraaqbah. Penulis adalah pengamat dan seniman terkemuka yang berdomisili di Malaysia. Slama bertahun2 beliau melakukan wawancara dan studi tentang perkembangan marga baraqbah di nusantara di dan Malaysia dari berbagai sumber ( sementara beliau masih fokus di klan baraqbah saja, mungkina nanti saudara2 ku dapat mengimpun secara lengkap tulisan2 terupdate tentang perkembangan klan klan lainnya dari mahzab ahlulbait ) .

Berikut adalah laporannya :

Aku rasa hidupku tidak sempurna tanpa mengetahui asal usul keturunan ku...tidak mempunyai identiti diri...tidak tahu tentang sejarah budaya bangsa. Sejarah itu jiwa bangsa...nadi kehidupan...dan kehidupan adalah suatu pembelajaran, suatu pengetahuan dan ilmu itu adalah tiang diri. Jika sejarah hidup seseorang dirakamkan dan falsafah hidupnya dijelaskan dengan terang, maka perlulah ditulis sekarang, semasa ingatan masih segar dan catatan-catatan masih ada.

Datuk dan nenekku suka bercerita jika ditanya. Aku masih ingat semasa kecil, nenekku Sharifah Kamaliah bt Syed Osman alQadri tiap-tiap hari semasa bulan Ramadan, sebelum bersahur, akan menyuruh bapa saudaraku Syed Mahadir Barakbah membaca kisah-kisah para Nabi dan rasul dari kitab Qisasul Anbiya. Dari situ telah tersemai dihatiku betapa mustahak dan pentingnya sejarah keturunan tiap bangsa dibumi Allah ini. Sejak kecil aku suka membaca dan menyelidik bukan saja dari buku-buka yang diperolehi tetapi juga dari orang-orang yang ku temui dan juga secara intuitif...dari gerak rasa dalaman yang aku alami apabila berada disesuatu tempat atau penemuan dengan seseorang. Umpamanya, apabila aku menziarah maqam Imam Musa al Qazim diKazemeyn dekat Baghdad pada tahun 1988,perasaan sedih dan sayu tidak dapat dikawal, berlinang airmata bercucuran. Aku tidak tahu kenapa aku menanggis atau kenapa aku tidak dapat mengawal perasaan itu. Sekepulangan ku dari Baghdad aku menyelidik siapa itu Imam Musa al Qazim dan dapat menghubungkan pertalian darah dengan lelehur ku Imam Ali al-Uraidhi, adik bongsu Imam Musa. Imam Musa bin Imam Ja'afar ash Sadiq telah dikurung oleh Khalifah Harun al Rashid di pusat tahanan Sindi ibn Shahik dan beliau meninggal dunia setelah diracuni pada tahun 799M.

Apa yang terjadi di Baghdad berulang lagi apabila aku menziarahi maqam anaknda Imam Musa iaitu Sayed Ahmad di Shiraz, Iran pada tahun 2002. Kali ini aku bersedia. Aku tahu airmataku akan mengalir lagi dan aku beritahu sepupuku Sharifah Nor Akmal...kalau lihat Kak Pah menanggis jangan ambil peduli dan jangan risau kerana Kak pasti menanggis dimaqam keluarga yang wafat secara tragis....iaitu dibunuh atau diracuni. Minatku terhadap ilmu nasab keturunanku bermula dengan seriusnya sejak peristiwa di Baghdad itu, dengan membaca dan menelaah buku2 dan kertas2kerja mengenai leluhur keluarga Alawiyin. Untungnya keluarga kami ialah masih ada nasabiyah yang mencatit nasab Alawiyin yang berpusat di Jakarta dan cabangnya di Palembang, Jambi , Surabaya dan juga di Johor Baru dan Singapura. Di Indonesia keluarga Ba Alawi lebih mengambil berat tentang nasab mereka.

Pada tahun 1990 aku berkunjung ke Maktab Addaimi di Jakarta, untuk bertanya samaada keluarga Barakbah ada menetap di Jakarta dan menitip pesan supaya datang bertemu aku di hotel. Petang itu seorang anak muda berumur lebih kurang 12 tahun datang dan memperkenalkan diri sebagai Hasan bin Abdul Kadir bin Muhammad bin Abdullah bin Alwee bin Hashim bin Ali bin Hussein Barakbah. Terpegun aku seketika. Hati ku berkata...alangkah baik sekiranya anak2 saudara atau adik2 ku dapat menghafal nasab mereka 7 keturunan!...Ramai yang tidak tahu nama nenek mereka....

Semasa remaja, aku sering bertanya pada diri kenapa nenek moyang ku sering berpindah dari Madinah ke Baghdad, Madinah lagi kemudia Basra...kemudian Hadramaut, selepas itu ke Indonesia dan Malaysia. Kalau tinggal di Madinah alangkah bagus, boleh ziarah maqam Rasulullah tiap-tiap hari. 30 tahun kemudian , baru aku tahu keluargaku sering ditekan dan dianayai oleh Khalifah2 Bani Omar dan Bani Abbas.Mereka dibunuh dan diracun. Al Tabari sejarawan Arab banyak mencatat berbagai2 episod yang telah berlaku dizaman pemerintahan khalifah2 Bani Abbas. Berikut petikan dari buku Hugh Kennedy "The Court of the Caliphs", mengenai perihal kelakuan ganas khalifah al-Mansur terhadap keluarga Saidina Ali yang telah diriwayatkan oleh Al Tabari:

...a woman called Jamra, who had been Mansur's perfumer and knew some of the darker secrets of the palace, told a chilling story which could have come out of the more gruesome episodes of the Arabian Nights. Before he left on the pilgrimage to Mecca on which he died, he gave instructions of a particular sort to his daughter-in law, Rita, wife of his son and heir Mahdi, who was at that time in Iran. He gave her the keys to all his storerooms but there was one she was only to open when she was absolutely sure of his death. Even then only she or her husband were allowed to go in. When he heard that his father had died, Mahdi returned to Baghdad to claim his inheritance and Rita told him about the key to the special store. The young couple then went to open the store. They found themselves in a vast and cavernous vaulted chamber in which were laid out the bodies of all the members of the family of Ali whom he had executed, no doubt well mummified in the dry Mesopotamian air. There were a large number of all ages, from infants to old men. In the ear of each corpse was a label, carefully inscribed with the name and geneology of the victim. Why the dead caliph had preserved this macabre collection is not all clear. Perhaps he wanted to remind himself that these potential challengers to his throne really were dead, or perhaps he could not come up with a way of burying them without the danger of their tombs become centres of popular devotion. Mahdi, who hoped to be able to heal the rift with the Alids (the direct descendants of Ali and Fatimah, and hence of Muhammad himself) was horrified by what he saw. He ordered that the corpses be removed secetly and buried in a common grave and a shop was constructed over the site.

RIWAYAT HIDUP HABIB HASSAN (SYED HASSAN BIN SYED MUHAMMAD BARAKBAH)

Hakim Melayu Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah Kedah

Syed Hassan bin Syed Muhammad bin Syed Ali bin Syed Alwi bin Syed Ali bin Syed Hussein Barakbah dilahirkan di Madura sekitar tahun 1868. Ayahnda beliau Syed Muhammad bin Syed Ali Barakbah tinggal didua kota ; Palembang dan Surabaya/Sumenep. Bonda Syed Hassan iaitu Nafisah meninggal dunia semasa umurnya 8 tahun. Sewaktu itu Syed Muhammad berada diPalembang. Sebelum beliau meninggal, Syed Muhammad telah berpesan kepada anak sulongnya Syed Othman supaya pergi ke Madura untuk mengambil adiknya Syed Hassan dan membawa pulang ke Palembang, hidup bersama keluarganya disana. Syed Muhammad mempunyai 3 orang anak lelaki: Othman, Hassan dan Hussin aka Kassim, dan 4 orang anak perempuan : Rogayah (berkahwin dengan Sagaff bin Ahmad Shahab), Alawiyah (berkahwin dengan Zain bin Abdullah al Hadi), Noor (berkahwin dengan Muhammad al Kaff) dan Sidah. Perbezaan umur antara Othman dan Hassan adalah 20 tahun. Pada tahun 1878 Syed Othman bersama-sama adiknya Syed Hassan berhijrah ke Kedah. Semasa itu sudah ada keluarga Alawiyin yang menetap diKedah , walaupun tidak begitu besar bilangannya: Jamalullail, Shahabudin, al Qadri, al Yahaya, al Jufri dan lain2 lagi. Syed Hassan dibesarkan oleh kakak angkat beliau iaitu Tunku Saadah adik ipar Sultan Abdul Hamid. (Anaknda Tunku Saadah , Tunku Ismail bin Tunku Zainal Abidin berkahwin dengan Tunku Noor bt Sultan Abdul Hamid Halim Shah). Beliau belajar di Sekolah Melayu diKota Star dan pada waktu yang sama berkerja sambilan sebagai 'ticket conductor' di Kuala Kedah untuk menampung kos persekolahannya. Sekolah Melayu yang terawal didirikan atas initiatif orang tempatan dan bukan oleh British. Menurut sejarawan Dato' Wan Shamsuddin, terdapat 4 buah sekolah Melayu paling awal diKedah ia itu Sekolah Melayu Padang Lepai yang dibuka pada 12 Mei 1861 di daerah Kota Star (ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah), diikuti Sekolah Melayu Changlon daerah Kubang Pasu (1892) Sekolah Melayu Kulim (1896) dan Sekolah melayu Jalan Baru daerah Kota Star (1897). Menurut anaknda Syed Hassan iaitu Tan Sri Syed Agil Barakbah, semasa bertugas didalam Kedah Civil Service, Syed Hassan belajar separuh masa diMadrasah al Hamidiah di Limbong Kapal dibawah tunjuk ajar Sheikhul Islam Wan Sulaiman Wan Sidik.

Isteri pertama beliau ialah Sharifah Noor bt Syed Sheh al Yahya. Syed Sheh berasal dari Palembang dan berhijrah keKedah sekitar tahun 1890an. Beliau telah bernikah dengan balu Wan Mohd Saman (Perdana Menteri Kedah) iaitu Wan Kamaliah bt Wan Mohd Akib bin Dato' Seri Paduka Laksamana. Dengan Sharifah Noor beliau mendapat lapan orang anak:

1. Syed Ahmad berkahwin dengan Sharifah Sa'adiah Zain Shahabuddin 11 orang anak: Syed Osman, Syed Zubir, Sharifah Sham, Syed Hussein, Syed Mahazir, Syed Hassan, Sharifah Pok, Syed Hamzah, Sharifah Faridah, Sharifah Aminah, Sharifah Asma dan Syed Harun.

2. Syed Muhammad berkahwin dengan Sharifah Rogayah alQadri, 1 anak lelaki dan 4 anak perempuan.

3. Syed Ali berkahwin dengan Sharifah Rokiah Ahmad alJefri. anak: Syed Shahabuddin, Sharifah Zawiyah dan Sharifah Sepora.

4. Syed Alwi berkahwin dengan Sharifah Maharom dan Sharifah Chik. Anak:Syed Jaafar, SyedOmar, Syed Abu Bakar, Syed Hassan, Sharifah Aishah dan Sharifah Rodziah,Tun.

5. Syed Zain berkahwin dengan Sharifah Rokiah dan Mak Jam. Anak: Syed Noh, Sharifah Fatimah, Syed Salleh, Syed Hood,Sharifah Zamrud.

6. Sharifah Mastura

7. Sharifah Mahani

8. Syed Sheh,Tun berkahwin dengan Sharifah Fatimah Syed Ahmad alJefri. Anak: Syed Farouk, Syed Feisol, Syed Faozi, Syed Fakhri Dato', Sharifah Faizah dan Sharifah Faridah.

Isteri kedua beliau Chek Sawi tidak mempunyai zuriat. Setelah Sharifah Noor meninggal dunia Syed Hassan berkahwin dengan Sharifah Salmah bt Syed Hashim al Yahya sekitar tahun 1910/11. Pada masa itu beliau sudah pun memegang jawatan Hakim Melayu. Beliau bertemu Sharifah Salmah diMahkamah semasa kes tuntutan anak oleh Syed Hashim alYahya dari bekas isterinya. Syed Hashim yang tinggal diArab Saudi telah datang ke Kedah untuk mengambil anaknya Sharifah Salmah pulang ke Tanah Arab.Pada masa itu Syed Hassan menjadi hakim pada kes ini dan meluluskan penjagaan anak Syed Hashim kepada bekas isteri nya. Beberapa bulan kemudiannya beliau bernikah dengan Sharifah Salmah. Dengan Sharifah Salmah beliau telah mendapat 11 orang anak.

9. Sharifah Mariam , berkahwin dengan Syed Othman Barakbah.

10.Sharifah Zaharah, berkahwin dengan Syed Salim Barakbah. Anak: Syed Hamzah, Syed Khalid, Sharifah Rafeah,Sharifah Shifak, Sharifah Rahmah, Sharifah Aziah, Sharifah Zaiton, Sharifah Noor, Syed Mohsin dan Syed Azizan.

11. Sharifah Sofiah, berkahwin dengan Syed Alwi alKaff

12. Sharifah Soleha, berkahwin dengan Syed Alwi Barakbah. Anak: Sharifah Latifah, Syed Salim, Sharifah Roshada, Syed Annuar, Sharifah Mariam, Syed Abdullah, Sharifah Anizah, Syed Zainal Rashid, Sharifah Shahrizat dan Sharifah Shahiran.

13.Sharifah Hashimah, berkahwin dengan Syed Abu Bakar al Idrus

14. Sharifah Rashidah, berkahwin dengan Syed Ahmad alKaff

15. Sharifah Maznah, berkahwin dengan Syed Ahmad Barakbah. Anak:Syed Abu Bakar,Dato', Syed Feisol, Sharifah Hindun, Sharifah Mahani, Sharifah Loklok, Sharifah Mushida, Sharifah Munirah, Sharifah Noriah, Sharifah Asma, Syed Shahar, Syed Mokhtar, Sharifah Husna, Syed Husni, Syed Sobri, Syed Nazri dan Sharifah Adila.

16. Sharifah Nafisah, berkahwin dengan Syed Osman alKaff. Anak: Syed Ahmad, Sharifah Fawziah, Sharifah Faizah, Sharifah faridah, Syed Mahadi, Syed Iskandar, Syed Mohd Anis, Sharifah Fazlina, Sharifah Arpah dan Sharifah Khatijah.

17. Syed Agil, Tan Sri, berkahwin dengan Sharifah Maznah Abu Bakar alKaff. Anak: Sharifah Anisah,Datin, Syed Azhar, Sharifah Mariam, Sharifah Munirah, Sharifah Hafizah, Syed Hidzir, Syed Anas, Sharifah Suffiah dan Syed Hassan.

18. Syed Hashim, berkahwin dengan Sharifah Mahani. Anak: Syed Tahir dan Syed Saad.

19. Syed Idrus, berkahwin dengan Sharifah Hasnah bt Syed Salim alQadri. Anak: Syed Mohd Haris, Syed Hamdan dan Sharifah Noorzihan.

Diantara tugas2 diluar bidang penghakiman yang telah disandang ialah sebagai ahli Majlis State Council yang telah dipengerusikan oleh YTM Tunku Mahmud sebagai Presiden, khusus untuk pengelolaan pembinaan Masjid Zahir, Ahli2 yang lain termasuk Tunku Ibrahim, Muhamad Ariffin bin Muhammad Arshad (Setiausaha Kerajaan) W.G. Maxwell (Penasihat British) dan G.Gorman (Jurutera Negeri).

Masjid Zahir yang lebih dikenali dengan nama Masjid Raja dibuka dengan rasminya oleh Baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1915.

Menurut cerita Dato' Syed Abu Bakar bin Syed Ahmad Barakbah (cucu Shed Hassan Barakbah), pada tahun 1920an dan seterusnya, Syed Hassan telah menjemput beberapa orang keluarga dari Palembang datang untuk menetap diKedah. Syed Abdullah bin Syed Alwee Barakbah, anak saudara Syed Hassan datang berlima, isterinya Sharifah Aishah, ibunya Sharifah Maimunah, Sharifah Halimah adik kepada Sharifah Aishah dan dua orang anak Syed Abdullah iaitu Syed Ahmad dan Syed Alwi.

Syed Alwi bin Syed Abdullah berkahwin dengan Sharifah Soleha bt Syed Hassan manakala Syed Ahmad bin Syed Abdullah pula berkahwin dengan Sharifah Maznah bt Syed Hassan.

Anak Syed Othman(abang Syed Hassan), bernama Syed Ibrahim yang telah dibesarkan diPalembang ikut sama berhijrah ke Kedah, diikuti dengan anaknya Syed Abdul Rahman sekeluarga yang bermaustatim diBanjarmasin. Syed Salim bin Syed Ibrahim telah dikahwinkan dengan Sharifah Zaharah bt Syed Hassan.Anak2 perempuan Syed Hassan yang lain, yang telah dikahwinkan dengan keluarga Alawiyin Palembang termasuk: Sharifah Sofiah berkahwin dengan Syed Alwi alKaff, Sharifah Rashidah berkahwin dengan Syed Ahmad alKaff, Sharifah Nafisah berkahwin dengan Syed Osman alKaff dan Sharifah Hashimah berkahwin dengan Syed Abu Bakar alIdrus.

Syed Hassan Bin Syed Muhammad Barakbah meninggal dunia di Pulau Pinang pada tahun 1931 dan dikebumikan di Perkuburan Islam Bayan Lepas.

Lelehur Syed Hassan Barakbah yang berhijrah ke Nusantara dari Tarim Yaman ialah Syed Hussein bin Syed

Ahmad bin Syed Abdurrahman bin Syed Ahmad bin Syed Abdurrahman bin Syed Umar bin Syed Abdurrahman bin al Imam Umar Barakbah bin Syed Ahmad al Aksah bin Syed Muhammad bin Syed Abdullah ba Alawi bin Syed Alwi al Ghayur bin al Imam Muhammad al Faqih al Muqaddam bin al Imam Ali bin al Imam Muhammad Shohib Mirbat bin al Imam Ali Khol Qasam bin al Imam Alwi bin al Imam Ubaidillah bin al Imam Ahmad al Muhajir bin Imam Isa arRumi bin al Imam Muhammad anNaqib bin al Imam Ali al Uraidhi bin al Imam Ja'far as Sadiq bin al Imam Muhammad al Baqir bin al Imam Ali Zainal Abidin bin al Imam Husein bin al Imam Ali bin Abi Tholib dan Sayidatina Fatimah azZahra bt Saidina Muhammad Shallallahu alaihiwassalam.

Mengikut catatan manaqib al habib Hussein bin Ahmad Barakbah "Penyebar Agama Islam di Kota Jambi" terbitan Rabithah Alawiyah cabang Jambi 1010, al Habib Hussein Barakbah meninggalkan kota Tarim menuju ke India bersama abangnya yang bernama al Habib Zain bin Ahmad Barakbah. Mereka berdakwah dibeberapa tempat di India, kemudian Habib Hussein melanjutkan perjalanannya ke Indonesia.Beliau menjijakkan kakinya di tanah Aceh dahulu kemudian menuju ke Palembang, Disana diterima baik di lingkungan keraton Sultan dan dihormati sebagai ulama keraton. Cukup lama Habib Hussein menetap di kota Palembang dan beliau telah berkahwin dengan anak pembesar kesultanan Palembang. Hal ini dapat dimaklumi dan juga dibuktikan dengan penganugerahan gelaran Pangeran kepada cucu beliau iaitu Habib Qassim bin Habib Ali bin Habib Hussein Barakbah oleh Seri Paduka Sultan Mahmud Badaruddin Jaya Wikromo.

Setelah berada diPalembang selama 20 tahun Syed Hussein Barakbah berpindah ke kota Jambi dan menyebar agama Islam selama 35 tahun. Di Jambi beliau telah berkahwin dengan anak saudagar keturunan Cina yang tinggal ditengah keluarga istana yang bernama Nyai Resek bt Datuk Sintai. Beliau juga berdakwah ke Kepulauan Riau, dan mempunyai hubungan yang rapat dengan kesultanan Siak. Salah seoran anaknya yang bernama Syed Sya'ban telah berkahwin dengan adinda Sultan Syarif Ali Jalil Syafuddin, Sultan Siak yang keVII yang bernama Tengku Long Tieh bt Usman bin Abdurrahman Syahab.

Syed Hussein Bin Syed Ahmad Barakbah meninggal dunia pada tahun 1760 dan dikebumikan di Pemakaman Tambak kelurahan Tahtul yaman, kecamatan Pelayangan Seberang Kota Jambi. Maqam beliau dikenal sebagai maqam Keramat Tambak.

5 komentar:

  1. Salam, boleh saya tahu dari mana saudari dapat data mengenai Syed Hassan Barakbah?

    BalasHapus
    Balasan
    1. Salam, maaf banget baru dibalas 2 tahun kemudian :D...saya dapat data dari Ummi Syarifah Fathimah Syed Zubir, dari Malaysia. beliau adalah pelukis bernama di Malaysia..seringkali melakukan riset tentang baraqbah juga termasuk sering menelusuri silsilah baraqbah di beberapa provinsi di Indonesia dan Malaysia.

      Hapus
    2. Assalamualaikum... Afwan ana ingin minta kontak nomer Wa antum..

      Hapus
  2. Assalamu'alikum wr wb assyarifah Luluq anna mau tanya kalau berkenan untuk memberi keterangan tentang silsilah Baraqbah dari Alhabib Husain Bin Ahmad {Tuanku Kramat Tambak Jambi }Alhabib Husain Punya Anak namanya Siapa saja kalau tahu mohon dijelaskan dan Kirimkan lewat email petunjukmatahati@gmail.com sebelumnya trima kasih wassalam dari kluarga Baraqbah Slawi Tegal Jawa Tengah

    BalasHapus
  3. Assalamu'alikum wr wb assyarifah Luluq anna mau tanya kalau berkenan untuk memberi keterangan tentang silsilah Baraqbah dari Alhabib Husain Baraqbah, punya anak Syarifah zahro, Zahro punya anak sayyida Hamzah, Hamzah punyak anak dan setrusnya, kemudian Alhabib punya anak Sayyid Ahmad punya anak nama sayyid Hamzah, Hamzah punya anak dan seterusnya siapa dimana?
    Jika ada boleh dishare di email ku ini, salam dari saya pecinta habaib, dari Maluku Utara, Ternate, Halmahera timur, Maba,

    BalasHapus